mutakhir

Model lama iPhone dijual murah

Oleh Afiq Hanif

Selari dengan pengenalan iPhone 8, 8 Plus dan X awal pagi tadi, stor Apple Malaysia menurunkan harga tiga model lama dengan potongan harga sehingga RM500.

Antara yang menerima potongan harga termasuk iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6S, 6S Plus, iPhone 7 dan 7 Plus.

iPhone SE berkapasiti 32GB dan 128GB kini masing-masing berharga RM1,749 serta RM2,249.

Sementara tu, iPhone 6 32GB dan 128GB berharga RM2,249 dan RM2,749 manakala iPhone 6 Plus 32GB atau 128GB masing-masing berharga RM2,749 serta RM3,249.

iPhone 7 32GB dan 128GB masing-masing berharga baru, RM2,749 serta RM3,249.

Model iPhone 7 Plus 32GB dan 128GB pula berharga RM3,349 serta RM3,849.

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 4:08pm
d