mutakhir

Mayat tersangkut di pokok bakau

Oleh Ayusliza Azizan

MAYAT lelaki dipercayai mangsa lemas ditemui tersangkut di pokok bakau berhampiran kunci air Kampung Delek, Klang 1 tengah hari, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan.

Beliau berkata, bantuan bot bomba diperlukan untuk mengangkat dan membawa mayat berkenaan ke darat iaitu di Jeti Seri Perantau.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses bedah siasat.

"Identiti mangsa masih belum dikenalpasti sehinggalah keputusan bedah siasat diperolehi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Disiarkan pada: September 13, 2017 @ 6:11pm
d