mutakhir

Tebuan bersarang di kepala katil

Oleh HM Digital

Gua Musang: Sejak sebulan lalu, boleh dikatakan setiap hari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang menerima panggilan melupuskan sarang tebuan.

Kejadian terbaru kelmarin apabila mereka menerima panggilan jam 3.50 petang untuk melupuskan sarang serangga itu di kepala katil sebuah rumah di Kampung Jerek Dalam, di sini.

Panggilan dibuat Abdul Rashid Ramli, 27, yang menyedari bunyi pelik di kepala katil di bilik tidur.

Katanya, dia memeriksa bunyi itu dan melihat beberapa tebuan keluar dari celah katil.

“Saya mulanya menyangka sarang di tempat lain, tetapi rupanya di kepala katil.

“Nasib baik ia tidak menyengat saya, isteri dan bayi kami yang setiap malam tidur di atas katil ini,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai APM daerah, Mohd Yusalmi Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada 3.50 petang.

Beliau berkata, tiga anggota bergegas ke lokasi dan memusnahkan sarang tebuan dalam tempoh 20 minit.

Disiarkan pada: September 14, 2017 @ 5:26am
d