mutakhir

Perbanyakkan latihan kebakaran

Oleh Norasikin Daineh

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah akan memperbanyakkan latihan kebakaran di semua sekolah termasuk pusat tahfiz di negeri ini.

Pengarahnya, Nordin Pauzi berkata, di Sabah pihaknya sudah lama menubuhkan satu jawatankuasa dan kerap mengadakan mesyuarat bersama penyelia sekolah.

“Kami kerap mengadakan mesyuarat dengan penyelia sekolah bukan sahaja di pusat tahfiz tetapi juga di gereja dan sekolah mubaligh Kristian.

"Kami akan terus bekerjasama dengan penyelia sekolah dengan memeriksa aspek keselamatan di bangunan dan melakukan program kesedaran selain mengajar mereka bagaimana untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah Nordin lagi, JBPM Sabah akan lebih fokus kepada keselamatan kebakaran menerusi latihan kebakaran.

Terdahulu, dalam kejadian jam 5.15 pagi semalam, seramai 21 pelajar dan dua warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, maut selepas terperangkap di dalam kebakaran bangunan sementara pusat tahfiz itu.

Disiarkan pada: September 15, 2017 @ 2:02pm
d