mutakhir

Demi Rohingya

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

LEBIH 500 umat Islam menunaikan solat hajat di Masjid Negeri memohon supaya isu Rohingya tidak berpanjangan, hari ini.

Solat hajat itu diimamkan Imam Satu Masjid Negeri, Zaher Rudin Moktar selepas solat Jumaat sebelum disusuli dengan doa supaya mayarakat Rohingya tidak terus dianiaya.

Terdahulu, khutbah disampaikan Zaher Rudin, bertajuk Toleransi Asas Perpaduan.

Solat berkenaan sebagai tanda sokongan kepada etnik Rohingya.

Pada Rabu lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan agar masjid dan surau mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan agar isu Rohingya tidak berpanjangan.

Disiarkan pada: September 15, 2017 @ 5:35pm
d