mutakhir

Dua kedai pakaian musnah

Oleh Nur Izzati Izzah Nadzi

DUA kedai menjual pakaian di Pasar Jawa, Klang, musnah dalam kebakaran hari ini, manakala tiga gerai lain mengalami kerosakan pada bumbung.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja, Pegawai Bomba Kanan II Rafizi Taib berkata, bomba menerima panggilan pada 7 petang dan tiga jentera dari Sungai Pinang, Kota Raja dan Andalas bersama 13 anggota dikerah ke lokasi.

“Dua kedai menjual pakaian musnah terbakar manakala tiga kedai lagi hanya terbakar bumbung selepas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak.

“Ketika kejadian, kedai di situ kebanyakannya sudah tutup dan pemiliknya tiada di premis," katanya.

Rafizi berkata, orang awam yang membuat panggilan kecemasan memaklumkan ternampak kepulan asap hitam dari kedai berkenaan.

"Kami masih menyiasat punca kejadian dan kerugian membabitkan dua kedai yang musnah teruk ini," katanya.

Disiarkan pada: September 15, 2017 @ 11:03pm
d