mutakhir

Detik cemas lelaki warga Pakistan

Oleh HM Dgital

Nilai: eorang lelaki warga Pakistan menempuh detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 284.9, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Veledrom Nilai, di sini, kelmarin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Baharin Ayob Ghazally berkata, kejadian berlaku pada jam 11.20 malam ketika mangsa, Muhammad Shahba, 45, yang memandu Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

“Kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas. Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.31 malam lalu mengerahkan 10 anggota bersama sebuah jentera serta Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) ke lokasi,” katanya.

Disiarkan pada: September 16, 2017 @ 6:14am
d