mutakhir

Tujuh remaja direman

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Tujuh remaja ditahan reman bermula hari ini berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung.

Sumber polis berkata, remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.

Menurutnya, enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.

"Saya akan beri maklumat lanjut dalam sidang media esok pagi. Saya tidak mahu mengulas apa - apa hari ini, " katanya.

Disiarkan pada: September 16, 2017 @ 6:52pm
d