mutakhir

Sokongan golongan agama perlu bantu anak muda

Oleh HM Digital

Melaka: Kehadiran golongan muda di ceramah agama di negara ini amat memberansangkan, sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran dan kepentingan pengetahuan agama Islam dalam kehidupan harian.

Penceramah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata, pelbagai isu membabitkan generasi muda dibangkitkan sebelum ini termasuk memerlukan sokongan masyarakat dan golongan agama dalam usaha membanteras mereka terjebak ke dalam aktiviti tidak bermoral dan melalaikan.

Katanya, pelbagai versi tular membabitkan aktviti serong segelintir orang muda yang sebenarnya tidak betul, harus berani ditangani bagi mencegah mereka daripada terus melakukan kesalahan sama sehingga menjejaskan masa depan.

“Perubahan gaya hidup dalam kalangan golongan muda memerlukan pemerhatian berterusan ibu bapa daripada anak kecil hingga meningkat dewasa,” katanya.

Don Daniyal berkata demikian ketika menyampaikan ceramah agama bertajuk ‘Ke arah merealisasikan hijrah yang sebenar dalam masyarakat’ di Masjid As-Salihin, Kampung Paya Rumput, di sini, kelmarin.

Turut menyampaikan ceramah, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang dan majlis dikendalikan moderator Ustaz Nushi Datuk Mahfodz.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 10:47am
d