mutakhir

Aktiviti lasak galak amalan cara hidup sihat belia

Oleh HM Digital

Rembau: Penganjuran aktiviti lasak termasuk kegiatan memanjat gunung mampu menjadi kaedah untuk amalan cara hidup sihat dalam kalangan belia.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau gembira apabila aktiviti mendaki mendapat sambutan walaupun berdepan cabaran sukar yang menguji keupayaan mental serta fizikal peserta.

“Aktiviti lasak dan kepimpinan seperti ini mampu menjadi instrumen penting bukan saja mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi turut melahirkan pemimpin muda berkualiti di masa hadapan.

“Mereka harus digalak menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dapat membentuk jati diri dan melahirkan belia seimbang intelektual,” katanya selepas merasmikan dan menyempurnakan pelepasan program ‘Hiking 1Negeri 1Gunung’ membabitkan pendakian Gunung Datuk setinggi 885 meter, di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 10:52am
d