mutakhir

Dinosaur hangus

Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

REPLIKA dinosaur pemakan sayur atau 'Brachiosaurus' setinggi 12 meter yang diletakkan di laluan masuk Sentral Bazar Nilai 3, Nilai, musnah terbakar, hari ini.

Difahamkan, kejadian disedari pekerja pembersihan apabila melihat asap pada rangka replika berkenaan, 10.30 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja lelaki berusia 45 tahun terbabit selepas usahanya untuk memadamkan kebakaran tidak berhasil.

"Sebuah jentera dan Unit Penyelamat Paramedik (EMRS) dengan kekuatan 13 pegawai serta anggota segera ke lokasi. Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

"Kita berjaya memadamkan kebakaran, namun replika itu musnah 100 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran replika berkenaan.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 6:33pm
d