mutakhir

Saksi kemalangan maut diminta tampil

Oleh Mohd Hilmie Hussin

POLIS meminta saksi tampil bagi membantu siasatan terhadap satu kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dalam kejadian di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keruh (SPA) 8.45 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa Muhammad Fitri Ab Wahab, 21, seorang ejen insurans meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu kiri jalan.

"Mangsa menunggang motosikal Yamaha 125Z datang dari arah lampu isyarat Gangsa-Batu Berendam menuju ke arah lampu isyarat Stadium Hang Jebat, dipercayai bergesel denagn sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan.

"Kita sedang mengenalpasti kenderaan terbabit dan meinta orang ramai yang menyaksikan kejadian menghubungi polis di talian 06-2842222, sambungan 259, atau mana-mana balai polis berdekatan," kata Afzanizar ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemilik kenderaan yang terlibat dengan kemalangan itu diminta tampil membuat laporan di balai berdekatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 6:42pm
d