mutakhir

DBKL tak lulus festival bir

Oleh BERNAMA

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017’ yang sepatutnya diadakan di sebuah pusat beli-belah pada 6 hingga 7 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti di Damansara dari 2 petang hingga 11 malam.

“Bagaimanapun DBKL membuat keputusan menolak permohonan penganjuran aktiviti berkenaan pada tarikh, masa dan tempat dinyatakan.

“Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang sedia ada akan diambil,” kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras banyak pihak yang turut menggesa mufti mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 7:44pm
d