mutakhir

Gangguan bekalan air Rabu ini

Oleh BERNAMA

Beberapa kawasan sekitar Pekan akan mengalami gangguan bekalan air selama 11 jam Rabu ini ekoran kerja pencucian struktur rawatan air di Loji Rawatan Air Chini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) berkata, kerja itu akan bermula 9 pagi melibatkan 6,561 akaun pengguna.

Kawasan yang terlibat termasuk seluruh Felda Chini dan Chini Timur, Bandar 02, Kampung Gumum, Kampung Batu Bali, Air Hitam, Paloh Hinai, Pulau Rumput, Kampung Bangkong, Kampung Tebas Buang, Kampung Arong, Kampung Wah-Wah.

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tasik Chini dan Pusat Pelancongan Tasik Chini.

Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) boleh dihubungi di talian 09-5739999.

Disiarkan pada: September 18, 2017 @ 9:40pm
d