mutakhir

Banjir kilat dua jam hujan

Oleh Nur Saliawati Salberi

HUJAN lebat selama dua jam mengakibatkan empat kampung di daerah Alor Gajah dilanda banjir kilat.

Difahamkan, hujan lebat kira-kira 5 petang itu berterusan selama dua jam tanpa henti menyebabkan air di kawasan itu naik mendadak.

Kawasan yang terjejas adalah Kampung Tanjung Rimau Luar, Kemus, Cherana Putih dan Taboh Naning.

Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, bagaimanapun sehingga 9 malam tadi tiada pusat pemindahan dibuka dan keadaan terkawal selepas hujan mulai reda “Kita akan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

"Bagi memastikan penduduk berada dalam keadaan selamat kita sudah menempatkan anggota APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) di kawasan yang terbabit untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.

"Buat masa ini keadaan terkawal dan ketinggian air hanya kira-kira 0.4 meter. Jika ketinggian di paras membimbangkan kita akan mengarahkan penduduk untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya.

Disiarkan pada: September 19, 2017 @ 12:45am
d