mutakhir

Lelaki OKU dituduh mencabul

Oleh HM Digital

Melaka: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks oral terhadap seorang kanak-kanak lelaki, minggu lalu.

Tertuduh Muhammad Anill Asiff Zamaludin, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Anill Asiff didakwa melakukan amang (mengancam) seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun lima bulan terbabit dengan cara menghisap kemaluannya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tandas Balai Raya Taman Tambak Paya Permai, di sini, kira-kira jam 6.30 petang pada 13 September lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 3:50am
d