mutakhir

Satu surah, 600 peserta, 24 jam [METROTV]

Oleh Zulfa Mohamad

ENAM ratus peserta terbabit dalam Majlis Bacaan Yasin 24 jam Doa Untuk Ummah di Al-Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah, Pokok Sena, Tasek Gelugor, hari ini.

Selain 443 pelajar, turut terbabit dalam majlis itu adalah 50 guru dan 25 kakitangan sokongan serta ibu bapa dengan kerjasama masyarakat setempat.

Pengetua madrasah, Khairol Annuar Musa, berkata majlis bacaan Yasin 72 kali itu julung kali diadakan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) itu.

Katanya, program itu diadakan sempena meraikan kejayaan madrasah meraih Johan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah (ASISS) Peringkat Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Pelajar dibahagikan kepada 72 kumpulan. Setiap kumpulan antara enam dan tujuh peserta.

“Kumpulan pertama memulakan bacaan pada kira-kira 8 pagi. Kami akan tamat kira-kira 8 pagi esok,” katanya. pertama dan disambung kumpulan lain sehingga 8 pagi esok," katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 10:48am
d