mutakhir

Sasar 30,000 pengunjung

Oleh Rosliza Mohamed

KERAJAAN negeri menyasarkan seramai 30,000 pengunjung sempena Pesta Kelantan 2017 yang bermula 28 September hingga 7 Oktober depan.

Pesta akan berlangsung selama 10 hari bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu bermula jam 10 pagi hingga 11 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan Pelancongan dan Warisan Negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, pelbagai produk pelancongan diadakan termasuk makanan, kebudayaan, permainan, wayang pacak, peti soro dan sukan ekstrem.

Menurutnya, Pesta Kelantan 2017 dengan kerjasma agensi swasta dan pelancongan.

"Kita harap ramai pengunjung akan datang pada pesta itu termasuk pelancong luar negeri.

"Program ini adalah kali ketiga diadakan dengan rekod pengunjung seramai 20,000 orang," katanya pada sidang media di Hotel Perdana, Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin. Md Anizam berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri dalam usaha menjana ekonami negeri ini.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 6:45pm
d