mutakhir

CMC lancar 2 model baru

Oleh Lizam Ridzuan

CHEAR Global Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal jenama CMC di Malaysia, melancarkan dua model terbaru iaitu Ario 110 dan Italjet Buccaneer 250i, hari ini.

Ario 110 adalah model moped dikuasakan dengan enjin 107cc silinder tunggal penyejukan udara empat lejang serta transmisi empat kelajuan.

Untuk Buccaneer 250i sebuah model Cafe Racer dilengkapi enjin 250cc V-berkembar suntikan bahan api dengan transmisi lima kelajuan.

CMC Ario 110 dijual pada harga asas RM3,988 dengan dua pilihan warna iaitu Merah Metalik dan Hitam Logam.

Manakala, Italjet Buccaneer 250i dijual pada harga RM15,500 dengan tiga pilihan warna iaitu Emas Metalik, Hitam Solid dan Hitam Matt.

Semua motosikal CMC adalah versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Puncak Alam, Selangor.

Turut hadir melancarkan ialah Ketua Pegawai Operasi Chear Global, Leong King Choon; Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong; Pengarah Eksekutif Chear Global, Peter Gan; Pengurus Pentadbiran Momos Sdn Bhd, Mariam Zadai dan wakil daripada Guangzhou Haojin China, Sean Tan Shuei.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 9:12pm
d