mutakhir

Pelajar maut motosikal langgar kereta

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

PELAJAR lelaki maut selepas motosikal ditunggangnyaberlanggar dengan kereta di Jalan Bukit Gambir, Georgetown, 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam kejadian itu mangsa, Izzali Ismi Ishak, 16, bersama seorang rakannya menunggang motosikal dari arah Jalan Bukit Gambir.

Beliau berkata, ketika melalui jalan berkenaan motosikal ditunggang mangsa dipercayai berlanggar dengan kereta yang ketika itu sedang membelok di Jalan Changkat Minden.

"Mangsa dilaporkan cedera sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.40 petang.

“Rakannya yang berusia 16 tahun dilaporkan masih dirawat di HPP.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan melulu sehingga menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau 10 tahun atau denda RM5,000 atau RM20,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2017 @ 11:18pm
d