mutakhir

Tak mengaku ceroboh bilik 'bos'

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

SEORANG pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini atas tuduhan menceroboh pejabat Ketua Pengarah JPJ pada 13 Julai lalu.

Tertuduh, Syed Abdul Rahman Perman, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Majistret Aina Sherina Saipolamin kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Oktober depan.

Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh didapati menceroboh masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ di Bangunan Kementerian Pengangkutan, Presint 4, kira-kira jam 1 pagi pada 13 Julai lalu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan manakala, tertuduh pula diwakili peguam S Mogan.

Disiarkan pada: September 21, 2017 @ 12:25pm
d