mutakhir

Reman disambung seminggu lagi

Oleh Norizuan Shamsuddin

TUJUH suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Khamis lalu disambung reman selama tujuh hari bermula 23 sehingga 29 September ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, permohonan bagi sambung reman dilakukan selepas tempoh reman selama tujuh hari diberikan sebelum ini berakhir hari ini.

"Kita sudah membuat permohonan sambung reman bagi tujuh suspek dan mereka akan direman selama tujuh hari lagi bagi proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan," katanya ketika ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian 5.15 pagi, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran yang berlaku di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz terbabit.

Susulan itu, polis turut menahan tujuh remaja lelaki berusia 11 hingga 18 tahun disyaki membakar pusat tahfiz berkenaan dan mereka direman selama tujuh hari bermula bermula Sabtu lalu.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 3:47pm
d