mutakhir

Parah rempuh tiang surau

Oleh Syaherah Mustafa

DUA lelaki parah selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh tiang sebuah surau di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, hari ini.

Kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa, Mohd Hanif Mokhtar, 22, yang memandu Proton Wira dan penumpang, Mohamad Amizi Kamaruddin, 22, dari arah Rantau Panjang menghala ke Pasir Mas.

Saksi, Azree Shaari, 44, berkata, dia terdengar dentuman kuat dan melihat kereta mangsa melanggar tiang surau berkenaan.

"Sangat bernasib baik kerana ketika kejadian, tiada orang di kawasan itu.

"Saya dan beberapa orang cuba membantu, namun pemandu tersepit dan mengalami kecederaan parah. Kami terpaksa menunggu kehadiran bomba untuk membantu," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Mokhtar Che Mah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2 petang dan lima anggota ke lokasi kejadian.

"Pasukan kami membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dan mereka dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 7:19pm
d