mutakhir

Pengetua lega bomba sahkan unsur khianat

Oleh BERNAMA

PENGETUA Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah lega selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan siasatan mendapati kebakaran pusat tahfiz itu disebabkan unsur khianat, sekali gus membersihkan nama baik pusat tahfiz berkenaan.

Mohd Zahid Mahmood, berkata: “Sebelum ini kami dikecam, dilemparkan pelbagai tuduhan.

“Malah pusat tahfiz lain juga menjadi sasaran kononnya tidak mengutamakan aspek keselamatan.

“Saya tidak marah dan menerima kecaman itu kerana tahu Allah SWT akan memberikan pertolongan kepada kami.

"Mustahil kami mengabaikan keselamatan anak-anak ini. Kami bertanggungjawab menjaga mereka kerana ia amanah ibu bapa mereka kepada kami," katanya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim semalam, kebakaran pusat itu disebabkan sengaja dibakar.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat itu terkorban akibat terperangkap dalam asrama pusat itu dalam kebakaran 5.15 pagi, Khamis lalu.

Tujuh remaja ditahan bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 9:23pm
d