mutakhir

669 dipindahkan

Oleh Zuliaty Zulkifli

SERAMAI 669 orang membabitkan 149 keluarga dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat di Kedah setakat 4 petang hari ini.

Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata, pihaknya dapati tiga daerah dilanda banjir iaitu Kuala Muda, Kota Setar dan Kubang Pasu.

"Berdasarkan rekod, daerah Kuala Muda, tiga PPS dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kechil seramai 390 mangsa membabitkan 83 keluarga manakala di PPS Dewan Kampung Jilid 8, ia menempatkan seramai 48 mangsa membabitkan 11 keluarga dan PPS Dewan Kampung Sungai Pial menempatkan 66 mangsa terdiri 14 keluarga.

"Bagi daerah Kota Setar pula, seramai 20 mangsa dari empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Balai.

"Manakala di daerah Kubang Pasu, seramai 145 orang dari 32 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun," katanya.

Disiarkan pada: September 22, 2017 @ 10:22pm
d