mutakhir

Mahasiswi disaran pilih STEM

Oleh HM Digital

Sungai Petani: Mahasiswi disarankan lebih cenderung memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain mempelbagaikan set kemahiran supaya mereka mampu terus kekal berdaya saing.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, walaupun bidang STEM diiktiraf sebagai teras utama pembangunan negara namun amat membimbangkan apabila Laporan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi: Menjelang 2020 mendapati peratusan pelajar yang cenderung kepada bidang STEM menunjukkan trend semakin menurun setiap tahun berbanding sasaran kerajaan iaitu daripada nisbah 20:80 kepada 60:40.

“Satu cabaran kepada pembentukan sebuah negara maju di abad ke-21 adalah penguasaan dalam STEM.

“Menyedari peralihan dunia industri dalam bidang STEM, kita perlu bersiap siaga menyediakan sumber tenaga kerja dalam bidang ini supaya dapat memenuhi keperluan negara dalam masa 25 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Majlis Konvokesyen Siswi Cinta Negara disertai hampir 1,500 mahasiswi dan wanita NGO di seluruh Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Sungai Petani, di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 5:22am
d