mutakhir

Wanita maut, adik cedera

Oleh Norasikin Daineh dan Fardy Bungga

PEMANDU wanita berusia 31 tahun, maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di Kilometer 9, Jalan Kota Marudu- Langkon, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 pagi itu, mangsa yang maut bersama adik lelakinya berusia 23 tahun, dalam perjalanan pulang ke rumah dari Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Izaan Abdullah berkata, Perodua Myvi itu terbabas merempuh tebing parit sebelum terjatuh ke dalam longkang dalam keadaan terbalik.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala adik lelakinya hanya cedera ringan.

"Mangsa yang terselamat dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 7:00pm
d