mutakhir

Buaya Melaka 30 meter melayang-layang

Oleh Noor Azurin Mohd Sharif

LAYANG-LAYANG berbentuk buaya sepanjang 30 meter yang dinamakan 'Buaya Melaka' antara paling menarik perhatian pengunjung pada hari terakhir Festival Layang-Layang dan Wau 1Malaysia di Melaka Gateway, Banda Hilir, hari ini.

Layang-layang Buaya Melaka berharga RM12,000 itu dikendalikan kumpulan Melaka Kites Flyer yang mewakili Malaysia pada festival dua hari bermula semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri Datuk Latiff Tamby Chik berkata, 60 kumpulan tempatan dan luar negara, termasuk China, Thailand dan Indonesia menyertai festival itu.

“Lebih 40 layang-layang dan wau pelbagai jenis serta saiz diterbangkan peserta yang mengambil bahagian," katanya, ketika merasmikan penutup festival itu.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 7:47pm
d