mutakhir

Tiga sekolah di Perlis, Kedah tutup

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TIGA sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indera di Perlis, SK Seri Banai serta SK Bukit Hijau ditutup esok akibat banjir.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara sekolah terbabit dibuat oleh Jabatan Pendidikan negeri masing-masing.

Menurutnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Izmi Ismail memaklumkan keadaan fizikal dan persekitaran sekolah masih tidak selamat untuk digunakan.

Penutupan itu melalui cuti berganti khas itu hanya membabitkan 787 murid manakala guru serta kakitangan sekolah akan bertugas seperti biasa.

"Di Kedah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Datuk Azuyah Hassan mengarahkan SK Seri Banai ditutup kerana kawasan sekolah ditenggelami air dan bekalan elektrik terputus.

"Bagi SK Bukit Hijau pula, ia ditutup kerana laluan ke sekolah terputus yang membahayakan 198 murid.

“Sekolah itu juga dijadikan penempatan sementara mangsa penduduk sekitar yang terjejas akibat banjir," katanya.

Disiarkan pada: September 24, 2017 @ 8:15pm
d