mutakhir

Mana ada lelong motosikal...

Oleh Nazdy Harun

POLIS nafi akan melelong motosikal miliknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang Rabu ini seperti yang tular dalam laman sosial dan WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan dan mengedar notis mengenai lelongan motosikal terbabit.

"Perkara yang dimuat naik dan disebarkan melalui laman sosial mengenai lelongan motosikal itu adalah palsu," katanya.

Dakwaan palsu yang dimuatnaik dan disebarkan melalui laman sosial sejak semalam itu memberitahu kononnya IPD Marang akan mengadakan lelongan motosikal bermula 8 pagi hingga 5.30 petang Rabu ini.

"Oleh itu, kita minta orang ramai tidak terpengaruh dengan penularan berita palsu berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: September 25, 2017 @ 12:20pm
d