mutakhir

[UPDATE] Jumpa kereta penyamun [METROTV]

Oleh Shamsul Munir Safini

KERETA dinaiki suspek samun jongkong emas lebih RM1 juta ditemui di Pangsapuri Ampang Jajar,Permatang Pauh, 12 tengah hari ini.

Kereta dinaiki suspek ditemui polis dalam keadaan remuk di bahagian but dengan kesan tembakan di cermin penumpang belakang dan bumbung.

Dalam kejadian 9.30 pagi tadi, 10 kilogram jongkong emas bernilai lebih RM1 juta dilarikan sekumpulan lelaki daripada seorang pemilik pusat pemprosesan emas di Jalan Siram, Butterworth.

Sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan penukul dan kapak menyerang mangsa yang sedang menaiki keretanya di bawah premis rumah kedai itu.

Sumber berkata, suspek bertindak meragut beg yang berisi jongkong emas itu sebelum melarikan diri menaiki kereta.

Katanya, pengawal keselamatan premis yang menyedari kejadian bertindak melepaskan tiga tembakan mengenai kereta suspek.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Berita berkaitan:

10 Kg jongkong emas lesap

Disiarkan pada: September 25, 2017 @ 5:45pm
d