mutakhir

Seorang lagi mangsa meninggal dunia

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

SEORANG lagi penumpang kereta yang bertembung dengan lori membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi, Kuantan, hari ini, meninggal dunia kira-kira 8 malam tadi.

Mangsa dikenali Awang Ariffin, 76, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Awang adalah suami kepada Kelsom Hamat, 66, yang maut di lokasi kejadian bersama pemandu Proton Iswara, Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38, yang juga anak tirinya.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, lori muatan 12 tan dikatakan dipandu dari arah Sungai Soi ke Kuantan sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar Proton Iswara dipandu Tuan Mohd Zulhaizee.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Md Yusof Husin berkata, pihaknya menerima panggilan 4.54 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 18 minit kemudian.

Berita berkaitan

'Dua beranak maut'

Disiarkan pada: September 25, 2017 @ 10:16pm
d