mutakhir

Maut aras 53 meter

Oleh Iskandar Shah Mohamed

JURUTEKNIK penyelenggaraan kabel kren maut apabila kepalanya terkena hentakan besi yang diangkat di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 8 malam itu, mangsa, Muhammad Syamil Sharudin, 25, bersama rakannya sedang bekerja pada ketinggian 53 meter.

"Besi yang sedang diangkat oleh kren kemudian bergerak ke arah mangsa sebelum menghentak bahagian kiri kepalanya.

"Ia mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mangsa kemudian dibawa turun menggunakan lif," katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kata Shamsul Amar, siasatan pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: September 26, 2017 @ 10:30am
d