mutakhir

Polis sahkan remaja bebas dadah

Oleh BERNAMA

POLIS mengesahkan remaja lelaki berusia 15 tahun yang memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam, dipercayai mahukan wang, bebas pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, ujian air kencing sudah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Beliau berkata, rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.

"Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat meminta guru sekolah menasihati anaknya.

"Rakaman kejadian itu kemudiannya tular dan dikecam masyarakat. Siasatan lanjut sedang dilakukan," kata Hamzah.

Disiarkan pada: September 27, 2017 @ 5:32pm
d