mutakhir

Dilarang ke Korea Utara

Oleh Hayati Ibrahim

RAKYAT Malaysia dilarang melakukan perjalanan ke Korea Utara sehingga dimaklumkan kelak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, langkah itu diambil berikutan ketegangan yang semakin meruncing di negara berkenaan, dan perkembangan terbaharu mengenai ujian peluru berpandu yang sedang dijalankan.

"Larangan perjalanan ini akan disemak semula sebaik sahaja situasi kembali pulih,"katanya.

Rakyat negara ini yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Kementerian Luar di talian 03-80008000 ketika waktu pejabat, dan 03-88874570 selepas waktu pejabat.

Disiarkan pada: September 28, 2017 @ 11:49am
d