mutakhir

Sebab dadah tergamak balun anak, isteri

Oleh Omar Osman

TINDAKAN lelaki memukul isterinya, 30an dan anak lelaki berusia tiga tahun di kawasan Pasar Tani Sungai Petani untuk mendapatkan wang membeli dadah mengundang padah apabila ditahan orang ramai sebelum menyerahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, penagih dadah berusia 30an itu bertindak merampas beg tangan mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

Pengarah AADK Kedah Mahadzir Elias berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudian menahan suspek sebelum menghubungi AADK.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan beberapa kali akibat pengaruh dadah sehingga bertindak agresif terhadap keluarga.

“€œHasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis marijuana dan methamphetamine.

“€œSiasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahadzir berkata, insiden yang berlaku hari ini bukanlah satu perkara asing apabila berlaku satu pergolakan rumah tangga akibat dadah.

“€œKebanyakan mereka yang menagih mampu bertindak secara tanpa sedar, tidak mengira tempat dan mampu mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling.

“€œMasyarakat juga digesa supaya terus berhubung dengan pihak AADK supaya masalah berkaitan dadah dapat ditangani dengan baik dalam usaha mewujudkan keluarga bebas dadah,” katanya.

Disiarkan pada: September 28, 2017 @ 1:36pm
d