mutakhir

Sewa bas palsu

Oleh Alias Abd Rani dan Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Mahkamah Majistret di sini, semalam mengeluarkan perintah reman lima hari ke atas seorang Pembantu Tadbir Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson bagi membantu siasatan berhubung tuntutan sewa bas palsu berjumlah RM1,800, tahun lalu.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Port Dickson menjalankan siasatan terhadap pertuduhan itu.

Suspek yang juga seorang wanita berusia 35 tahun berpakaian baju kurung serta bertudung merah jambu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi selepas menyerah diri di pejabat SPRM, di sini.

Suspek dipercayai membuat tuntutan palsu sejumlah itu pada November tahun lalu bagi tujuan sewaan bas sedangkan urus niaga mengenai tidak wujud.

Berikutan itu, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Disiarkan pada: September 29, 2017 @ 6:29am
d