mutakhir

Penganggur tak mengaku perkosa gadis bawah umur

Oleh HM Digital

Kota Bharu: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, di sini, semalam atas pertuduhan merogol kekasih bawah umur, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Norhisyam Abdul Ghani, 34, memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun tujuh bulan di bilik sebuah rumah di Semerak, Pasir Puteh, jam 2 pagi, 18 September 2017.

Kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinwati Mohd Arshad tidak menawarkan wang jaminan kepada tertuduh. Mahkamah menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam.

Tertuduh dibawa ke Penjara Pengkalan Chepa.

Disiarkan pada: September 29, 2017 @ 7:13am
d