mutakhir

Tumpasnya pencuri kapcai

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

POLIS menahan sembilan lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Kuantan pada 17 dan 21 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua suspek berusia 13 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar bandar Kuantan hasil maklumat risikan dijalankan.

€œDalam tangkapan dijalankan pada 17 September lalu seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan di sekitar Batu Tiga, Kuantan pada 10.30 malam sebelum membawa penahanan lapan lagi rakannya beberapa jam kemudian.

“€œHasil soal siasat dilakukan membawa penahanan tiga lagi lelaki empat hari kemudian di sekitar Bukit Rangin dan Batu Lima dipercayai aktif sejak awal tahun lalu dalam kegiatan curi motosikal,”€ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pihaknya turut menemui semula beberapa rangka dan komponen motosikal yang disembunyikan kumpulan suspek di rumah kosong serta ada yang dibuang di lombong sekitar daerah Kuantan.

Katanya, dengan penahanan 12 suspek terbabit pihaknya berjaya menyelesaikan 32 kes kecurian motosikal di Kuantan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan kerana memiliki motosikal curi dan membantu menyembunyikan harta curi.

Disiarkan pada: September 29, 2017 @ 3:52pm
d