mutakhir

Disihir kenalan

Oleh Amirul Haswendy Ashari

Kuala Lumpur: Pelakon Juvana, Adam Shahz, 35, mengaku dirinya disihir seseorang yang sangat dikenali.

Akibat perbuatan itu, Adam mengalami pelbagai masalah kesihatan, berat badan menyusut dan mengganggu tawaran berlakon.

Katanya, dia dapat tahu perkara ini sebulan lalu selepas ditegur Adam AF yang mendakwa dia seperti diganggu sesuatu.

“Selepas itu, saya cuba bertemu dengan beberapa pengamal perubatan alternatif untuk mengesahkannya,” katanya.

Adam akui berat badannya susut mendadak dari 70kg kepada 50kg dalam tempoh sebulan.

Dia juga mendakwa sering mengalami sakit sendi dan terjaga daripada tidur pada lewat malam. Malah, dia juga mendakwa sudah hilang tawaran berlakon sejak enam bulan lalu.

Biarpun mengenali pihak yang menyihirnya, Adam tetap memaafkan dan berharap pihak itu sedar ia adalah perbuatan syirik di sisi Islam.

Sebelum ini, ruangan Cik Pang di Metro Ahad ada melaporkan dakwaan sihir punca Adam dan bekas isterinya, Fatin Afeefa bercerai.

Disiarkan pada: September 30, 2017 @ 6:02am
d