mutakhir

Premis jual barang F1 tiruan

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kuala Lumpur:Kehangatan perlumbaan Formula One (F1) Petronas Malaysia Grand Prix yang berlangsung esok diambil kesempatan peniaga untuk menjual barangan dan aksesori cetak rompak menggunakan jenama pasukan FI bertanding.

Ini dibuktikan susulan serbuan besar-besaran dilakukan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di sebuah pusat beli-belah di Chow Kit dan Lorong Haji Taib 3, di sini, semalam.

Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, 15 premis di sekitar lokasi berkenaan diserbu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri (KPPN) Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, operasi membabitkan 30 pegawai dengan bantuan anggota KPDNKK Putrajaya.

“Operasi ini memberi tumpuan terhadap penjualan barangan tiruan Perlumbaan F1 seperti topi dan baju ekoran acara berprestij itu bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

“Bagi memastikan perjalanan operasi berjalan lancar, empat wakil cap dagang daripada Ferrari dan Red Bull turut menyertai operasi ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Disiarkan pada: September 30, 2017 @ 7:15am
d