mutakhir

Buru, jual isi penyu

Oleh Norasikin Daineh

Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah mengesyaki daging penyu hasil pemburuan haram dijual di pasaran tempatan selepas penemuan rangka dan bangkai penyu di sekitar kawasan Pulau Bum-Bum, Semporna, kelmarin.

Pengarahnya Augustine Tuuga berkata, pihaknya tidak pasti kegunaan daging penyu itu, namun berkemungkinan besar dijual di Semporna untuk dimakan.

“Dipercayai isi (daging) penyu dibuka dan dikeringkan. Kami syak orang Palauh (Bajau Laut yang menetap di bot) melakukannya dan mungkin ada pembeli di Semporna kerana kes ini pernah didakwa di mahkamah dan empat Palauh dijatuhkan hukuman penjara serta denda pada bulan lalu,” katanya.

Sebelum ini, JHL Sabah mendedahkan 100 rangka penyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, kelmarin.

Disiarkan pada: September 30, 2017 @ 7:18am
d