mutakhir

Dijangka pulang hari ini

Oleh Mohd Hilmie Hussin

SEPULUH penduduk yang dirawat di wad bencana Hospital Melaka akibat terhidu gas klorin di Kampung Tambak Paya, Melaka, dijangka pulang hari ini.

Timbalan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri (Operasi) Kamarulzaman Mohd Din berkata, 10 mangsa terbabit dalam keadaan stabil dan hampir pulih sepenuhnya daripada kesan terhidu gas klorin.

"Doktor memberitahu mereka dijangka dibenar pulang petang ini," katanya ketika ditemui selepas melawat penduduk berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga mengesahkan kampung terbabit kini selamat dan selepas seluruh kawasan sudah dineutralkan skuad Hazmat.

"Penduduk sudah dibenar pulang sejak jam 11 malam semalam. Manakala klorin dalam tujuh tong silinder yang ditemukan di sebuah rumah kosong pula sudah dipindahkan pemiliknya dan dihantar ke Rawang (Selangor)," katanya lagi.

Berita berkaitan:

Dah cam siapa buang bahan kimia [METROTV]

4 anggota bomba sesak nafas

Sesak nafas terhidu bahan kimia

Disiarkan pada: September 30, 2017 @ 5:26pm
d