mutakhir

Jumpa 3 ular tedung selar dalam stor

Oleh Recqueal Raimi

Kota Belud:“Ini bukan seekor ular, tapi tiga ekor!” kata Razif Khan, 37, yang dikejutkan dengan penemuan tiga ekor ular tedung selar di bilik stor di rumahnya di Kampung Limatok Pompod, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, lelaki terbabit dikatakan pergi ke stor berkenaan untuk mengambil barang sebelum terlihat tiga ekor ular itu di celah-celah kotak.

Panik dengan kejadian itu, lelaki yang mengusahakan kedai runcit di kampungnya segera keluar sebelum menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

“Ia adalah kejadian pertama membabitkan penemuan ular di dalam rumah ini. Kemungkinan besar, reptilia itu sudah berada lama di bilik stor,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.03 petang sebelum sembilan anggota APM diketuai oleh Ketua Skuad Khairul Gumpitai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Disiarkan pada: October 1, 2017 @ 5:41am
d