mutakhir

Selesa dengan akhbar digital

Oleh Fardy Bungga

PEMBERHENTIAN edaran naskah akbar Harian Metro, New Straits Times dan Berita Harian di Sabah dan Sarawak bermula hari ini tidak menjejaskan kesetiaan pembaca akhbar itu di negeri ini.

Malah, rata-rata golongan belia masa kini mengaku lebih selesa dengan akhbar versi digital yang diakui lebih mudah diperolehi berbanding sebelumnya.

Pembaca setia Harian Metro, Filex Chong, 23, berkata, sejak peralihan akhbar Harian Metro ke versi digital, dia lebih gemar membaca berita terkini menerusi dalam talian.

Katanya, dia menyedari edaran akan dihentikan untuk Sabah dan Sarawak namun tawaran versi akhbar digital ini pastinya lebih mudah dan menarik.

"Sebelum ini, Harian Metro menawarkan cerita dan gambar yang menarik dan sensasi di akhbar mereka. Selepas ini, saya percaya versi digital pastinya akan lebih menarik perhatian," katanya ketika ditemui di Inanam, Kota Kinabalu, hari ini.

Dia yang gemar membaca ruangan sukan Arena Harian Metro berkata, selain lebih dekat dan mudah dibaca pada bila-bila masa, versi digital ini lebih jimat dan mudah untuk dikongsikan kepada rakan-rakan.

Disiarkan pada: October 1, 2017 @ 6:46pm
d