mutakhir

Dipenjara 10 tahun rogol kekasih [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

LELAKI dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan merogol kekasihnya sehingga melahirkan seorang anak lelaki dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, Mohd Rohaizam Nazree Mohamad @Mat Yasin, 24, dari Kampung Raja, Besut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Rohaizam Nazree didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun di belakang lorong, Kompleks Rakan Muda Kampung Raja, Besut, pada 12.30 malam, Julai 2014.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Marsilawati Mohamad Shah.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengajak gadis terbabit bersiar-siar dengan motosikal sebelum membawa mangsa ke lokasi kejadian dan merogol mangsa.

Kejadian itu hanya disedari ibu bapa mangsa pada 2 April 2015 selepas gadis terbabit mengadu sakit perut sebelum pemeriksaan mengesahkan mangsa mengandung sembilan bulan.

Mangsa melahirkan seorang anak lelaki pada hari sama sebelum satu laporan dibuat bapa mangsa di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: October 3, 2017 @ 6:37pm
d