mutakhir

Letak pegawai pantau GST

Oleh Iskandar Shah Mohamed

Shah Alam: Bagi meningkatkan lagi pematuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menempatkan pegawai di semua Dewan Perniagaan dan persatuan perniagaan sebagai Duta GST bermula 15 Oktober ini.

Bagaimanapun, pendekatan baru itu bergantung kepada keperluan dan permintaan syarikat atau industri tempatan yang menghadapi masalah berkaitan isu GST.

Ia akan dilaksanakan di Lembah Klang sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat sehingga hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam berkata, pihaknya mendapati masih ada syarikat berdaftar berdepan masalah terutama membuat pengikraran penyata GST-03 yang betul.

Disiarkan pada: October 4, 2017 @ 8:26am
d