mutakhir

Perintah bela diri hina PM

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Penari Bilqis Hijjas, 38, diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, membela diri atas pertuduhan berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Majistret sebelum ini terkhilaf apabila melepaskan dan membebaskan Bilqis tanpa dipanggil membela diri.

Beliau dalam keputusannya mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu dan Bilqis perlu dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah dalam keputusannya, membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret sebelum ini.

Pendakwaan yang juga perayu dalam kes ini diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Po’ad manakala Bilqis diwakili peguam Eric Paulsen.

Sementara itu Eric ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengemukakan seorang saksi iaitu Bilqis sendiri.

Pada 23 September 2015, penari yang juga anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, pada jam 3.15 petang, 31 Ogos dua tahun lalu.

Disiarkan pada: October 4, 2017 @ 8:54am
d