mutakhir

Dua cabut lari tunda motosikal curi

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Cuba mengamuk sebaik mahu diberkas. Itu tindakan agresif dua penjenayah yang dikesan mahu mencuri sebuah motosikal di Jalan Ibu Kota, Setapak, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dua lelaki itu dikesan sedang menunda sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Kedua-dua suspek bagaimanapun melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun seorang daripada mereka ditahan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, anggota dari Balai Polis Setapak diketuai Asisten Superintendan Wee Bee Seng terserempak dua lelaki menaiki motosikal model Yamaha 125z sambil menunda sebuah motosikal Honda EX5.

“Anggota polis cuba menahan mereka untuk melakukan pemeriksaan, namun mereka melarikan diri sebelum pihak polis mengejar dan menahan seorang suspek dengan bantuan orang awam.

“Ketika ditahan, suspek berusia 23 tahun itu bertindak agresif dan cuba mencederakan orang awam yang membantu polis,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis mendapati bahagian kunci pada motosikal curi berkenaan sudah rosak, selain turut menemui sebuah beg berisi alat pemotong besi.

“Semakan terhadap identiti suspek mendapati mereka mempunyai dua rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan.

“Pihak kami sedang memburu seorang lagi suspek yang melarikan diri,” katanya.

Disiarkan pada: October 4, 2017 @ 9:22am
d