mutakhir

Maut motosikal terbabas

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

LELAKI maut selepas motosikal ditunggang terbabas di Kilometer 258.7 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Senawang, Seremban, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pada kejadian 11.55 malam itu, mangsa, Muhammad Izran Bakhnan, 32, menunggang motosikal Yamaha Lagenda berseorangan.

Katanya, mangsa difahamkan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kemayan Square menuju ke rumahnya di Senawang.

"Pada perjalanan itu, mangsa dikatakan hilang kawalan menyebabkan motosikalnya terbabas ke kiri jalan.

"Mangsa yang terjatuh, parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi," katanya.

Sulizmie Affendy berkata, pihaknya mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 5, 2017 @ 11:42am
d